SEJARAH PENUBUHAN PPDa
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Inderapura mula beroperasi sejak pembukaan sekolah iaitu pada tahun Jan 2005 . Bilik Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Inderapura mula beroperasi mulai Jan 2007. Ia dimulakan di satu bilik kosong dan kini telah dipenuhi dengan keperluan dan maklumat pendidikan pencegahan dadah.
VISI
SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012
MISI
Melahirkan pelajar bebas daripada pengaruh dadah melalui pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas daripada ancaman dadah.
MATLAMAT
Matlamat PPDa di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas daripada Dadah Menjelang Tahun 2012”
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani Membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku positif serta mengamalkan nilai murni Meningkatkan permuafakatan pihak sekolah dngan PIBG, Ibu bapa dan masyarakat setempat ,agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta pihak lain dalam usaha pencegahan dadah Menyediakan alternatif-alternatif yang berfaedah supaya menyekat murid-murid dari terlibat dengan dadah
Carta Organisasi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) SMK Inderapura
Pengerusi PN. RUSMA BT MD TAHA Naib Pengerusi EN ISA BIN SAFIE EN. IBRAHIM BIN PUTEH EN. MOHD RAMLAN BIN RAMLY Setiausaha PN. SYA NOR HAMIZAN BT. SYED KAMARUDDIN AJK PN HABIBAH BT IDRUS EN MOHD NAZRI BIN MAHAMUD EN JAMALUDDIN B AB ARMAN EN HAZMAN B IBRAHIM EN SOUIT B TAIB PN SHEMALA A/P ANAMALAI CIK WOO SIEW ONG EN MOHD ZAWAWI B AWANG ISA PROJEK KHAS Semua Kelas Adalah Bilik Sumber PPDa Program “ Say No To drug “ Bersama Komuniti Orang Asli Sungai Kiol
KARNIVAL PPDa SMKI 2009

SAY NO TO DRUG

PELANCARAN MINGGU PPDa